CEO NFDP Tampil Buat Perjelasan Mengenai Isu AMD

0
1051

 

Semalam kita didedahkan mengenai ‘kerosakan’ di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Berikutan pendedahan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Abu Bakar tampil menyuarakan situasi sebenar yang berlaku di AMD.

Menerusi akaun Twitter miliknya, Safirul Abu Bakar, dia berterima kasih kepada Syed Saddiq yang telah turun padang ke AMD sekali gus mendedah situasi yang dihadapi NFDP.

Permulaan

Menurutnya, AMD telah diserah secara rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Mac lalu selepas dua kali tertangguh daripada tarikh sebenar serahan.

Sepatutnya mereka memasuki AMD pada September 2017 namun ditangguhkan ke November.

Bagaimanapun ia hanya diserahkan pada Mac tahun ini kepada KBS dan proses pemindahan pelatih NFDP ke AMD dilaksanakan sepenuhnya pada April lalu.

Dan selepas diserahkan, AMD menempatkan dua kakitangan sahaja yang terdiri daripada seorang pengurus, dan seorang pembantu tadbir.

Tugas utama dua kakitangan tersebut ialah untuk menguruskan pelatih di asrama dan juga hal-hal berkaitan penyelenggaraan premis AMD.

Watak Penting AMD

Jelas Safirul, antara watak penting di AMD adalah melibatkan kontraktor utama iaitu MMN Bina, Jabatan Kerja Raya (JKR ) adalah pengurus projek serta Bahagian Pembangunan KBS merupakan Pelanggan Projek.

Manakala Bahagian Harta Majlis Sukan Negara (MSN) adalah unit yang bertanggungjawab menyelenggarakan AMD.

Dan akhir sekali NFDP yang merupakan pengguna kompleks AMD.

Proses NFDP

Sejak April 2018 yang lalu, sebagai permulaan pemindahan hanya melibatkan pelatih Tingkatan 3 dan 4, manakala bagi Tingkatan Satu dan Dua masih berada di Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP).

Proses pemindahan pelatih turut dibantu oleh ibu bapa yang tampil membantu dengan aktiviti gotong-royong.

Pada masa yang sama, staff pentadbiran yang dilantik mulai menyenaraikan semua kerosakan untuk perhatian pihak berkenaan.

Dan sebarang kerosakan dalam tempoh dua tahun bermula April 2018 perlu ditanggung kontraktor utama (MMN Bina).

Dalam masa yang sama, dia turut mengesahkan tender untuk mendapatkan peralatan gimnasium turut telah dilakukan.

Namun masalah kewangan yang dihadapai KBS, MSN dan ISN menyebabkan kelewatan tender dilakukan sekaligus turut mempengaruhi aspek pentadbiran AMD yang lain.

Sebagai pengguna, NFDP hanya mampu menyuarakan keperluan yang semakin meruncing di AMD untuk tindakan pihak-pihak berwajib.

NFDP telah cuba sedaya upaya dengan segala kekurangan dan yang menyebabkan mereka tetap tabah adalah kerana ibu bapa semua pelatih yang banyak membantu.

Mengenai keadaan padang yang digenangi air, Safirul menjelaskan hanya satu padang rumput tiruan sahaja digenangi air apabila hujan. Beliau turut mengesahkan lain-lain padang berada di dalam keadaan sangat baik.

Mengenai keselesaan asrama, pemakanan dan logistik agak sukar untuk NFDP selesaikan kerana ia memerlukan intervensi pengurusan peringkat atasan. Namun beliau mengakui kontraktor perlu bertindak lebih pantas dalam melakukan kerja penyelenggaraan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here