Chatchai Privasikan Instagramnya Untuk Elak Daripada ‘Dibaham’ Penyokong Harimau Malaya

0
2356

 

Penjaga gol Thailand Chatchai Bidprom mengambil keputusan mengaktifkan mode privasi terhadap Instagram miliknya, boy_chatchai_1 selepas skuad Gajah Perang tersingkir di tangan Malaysia dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok semalam.

Tindakan tersebut sekaligus menghancurkan hasrat penyokong Harimau Malaya untuk mengucapkan selamat malam kepada Chatchai.

Mungkin Chatchai ingin mengelak daripada terus ‘dibahan’ atau mungkin juga malu ekoran ayat pedasnya menjerut lehernya sendiri.

Terdahulu ketika sidang media praperlawanan, penjaga gol berusia 31 tahun itu dengan yakin menyarankan pemain Malaysia tidur lena pada malam sebelum perlawanan kerana hari perlawanan nanti merupakan mimpi ngeri buat Malaysia.

Apa yang pasti, tindakan Chatchai privasikan Instagramnya membolehkan dia tidur lena tanpa diganggu anasir nakal daripada penyokong Malaysia.

Walau bagaimanapun, pujian juga harus diberikan kepada Chatchai yang profesional melayang provokasi daripada pemain simpanan Malaysia selepas tamat perlawanan.

Selepas wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan beberapa pemain simpanan negara meluru masuk ke dalam padang bagi mendapatkan Chatchai di gawang golnya, sebelum mengelilingi pemain Thailand itu.

Bagaimanapun, Chatchai dilihat tenang berhadapan dengan sindiran daripada pemain negara, malah dia turut menghulurkan tangan untuk berjabat sebagai tanda ucapan tahniah kepada Malaysia.

Sikap profesionalnya agak mengagumkan apabila Chatchai juga cuba menghalang serangan rakan sepasukannya yang berang dengan provokasi pemain Malaysia.

Malaysia mara ke final Piala AFF buat kali keempat dengan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat 2-2, dengan perlawanan akhir pertama akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil Selasa depan sama ada berdepan Vietnam atau Filipina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here