Chelsea Angkat ‘Bendera Putih’ Dari Merebut Gelaran Juara EPL

0
360

 

Jurulatih Chelsea, Maurizio Sarri, mengakui sudah menyerah kalah untuk berlumba memenangi gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Maurizio Sarri menganggap pasukannya agak mustahil untuk mengejar jumlah mata yang dikumpul pendahulu liga ketika ini, Liverpool.

“Persaingan sudah susah sejak awal musim,” kata Sarri.

“Saya sudah katakan bahawa mengejar Liverpool dan Manchester City adalah perkara yang sukar dan Chelsea harus berhati-hati menjaga posisi di kedudukan keempat terbaik,” katanya lagi.

Selain jurang mata dengan Liverpool yang semakin jauh, Chelsea juga kini harus berwaspada dengan ancaman Arsenal yang kini di kedudukan kelima liga dengan mengumpul jumlah mata yang sama, 37 mata.

Sarri mengatakan bahawa ancaman terbesar pasukannya kini adalah kehilangan mata mudah semasa melawan pasukan-pasukan diperingkat tengah dan bawah liga.

Dia turut bimbang dengan kegagalan pasukannya bangkit ketika menentang Leicester.

“Hal itu membuat saya cemas kerana saya punya alasan, kamu boleh sahaja tertinggal 0-1, tetapi hal terpenting adalah cara kamu menanganinya.

“Kami mempunyai peluang mencetak dua gol balas, tetapi rentak permainan berubah setelah gol itu.

“Chelsea bermain bagus selama 55 minit, tetapi para pemain kebingungan dengan gol Leicester,”┬ájelas Sarri.

Chelsea kini menduduki di kedudukan ke-4 EPL dengan 37 mata, sementara Liverpool berada di puncak liga dengan 48 mata.

Kekalahan 0-1 kepada Leicester City pada perlawanan EPL minggu ke-18 itu semakin memudarkan harapan Chelsea dalam memburu piala EPL musim ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here