Chelsea ‘Buka Pintu’ Kepada Cech Untuk Kembali

0
160

 

Chelsea mengalu-alukan kedatangan Petr Cech untuk kembali ke Stamford Bridge selepas dia mengumumkan akan bersara.

Cech yang memiliki rekod sebanyak 202 clean sheet sepanjang bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL) telah mengumumkan bakal menggantung sarung tangannya apabila tamat musim ini selepas 20 tahun bermain.

Selepas mendengar khabar itu, pengurusan Chelsea bersedia untuk membawa pulang bekas bintangnya itu ke ‘rumah’.

The Blues turut memberi penghormatan kepada bekas pemainnya itu selepas dia mengumumkan akan bersara.

Chelsea berminat membawa Cech kembali kerana ingin memberi peranan penting kepadanya sebagai duta atau kemungkinan berpotensi menjadi jurulatih di akademi kelab.

Namun Chelsea masih menunggu jawapan dari Cech sama ada dia berminat atau tidak menerima tawaran tersebut.

Cech, 36 tahun, merupakan antara penjaga gol terbaik dalam era EPL sepanjang kariernya.

Selepas berpindah ke Stadium Emirates, Cech hilang tempat sebagai penjaga gol utama dan dia mengambil keputusan untuk bersara sekaligus menamatkan reputasinya selaku penjaga gol terbaik.

Sepanjang bersama Chelsea dari tahun 2004 seingga 2015, Cech berjaya merangkul empat trofi EPL, empat Piala FA, tiga Piala Liga, Liga Juara-Juara, Liga Europa dan dua Piala Perisai Komuniti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here