Chelsea Kelab Paling Dibenci, United Kedua

0
711

 

The Mirror telah melakukan tinjauan dengan bertanya kepada penyokong setiap kelab dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sama ada mereka suka, benci atau tidak peduli dengan pesaing pasukan pilihan mereka.

Hasil tinjauan tersebut ternyata mengejutkan apabila Chelsea menjadi kelab paling dibenci, manakala Manchester United menjadi pasukan kedua dibenci.

68.7% penyokong mengatakan mereka membenci Chelsea berbanding 68.1% pula yang direkodkan terhadap United.

Satu lagi pasukan utama EPL, Liverpool menduduki tempat ke-3 (52.8%), sementara West Ham (47.6%) dan Arsenal melengkapkan senarai kelima kelab paling dibenci dengan 46.2%.

Tinjauan tersebut turut bertanya kelab yang menjadi pilihan penyokong dengan Burnley menduduki kedudukan teratas dengan 35.8%.

Selain itu, Bournemouth (32.9%), Huddersfield (30.2%), Manchester City (28.3%), Newcastle (27.1%) dan Fulham (also 27.1%) menjadi kelab paling disukai penyokong.

Kedudukan 10 teratas kelab paling dibenci:

1. Chelsea – 68.7%

2. Manchester United – 68.1%

3. Liverpool – 52.8%

4. West Ham – 47.6%

5. Arsenal – 46.2%

6. Tottenham – 43.5%

7. Man City – 38.7%

8. Cardiff – 36.5%

9. Crystal Palace – 29.7%

10. Everton – 27.0%

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here