Chelsea Semakin Hampir Ikat Fekir

0
214

 

Chelsea dilaporkan sedang melakukan rundingan dengan Lyon bagi mendapatkan khidmat pemain Perancis, Nabil Fekir dalam usaha memperkuatkan bahagian serangan pasukan itu.

Berdasarkan kontrak, Fekir masih mempunyai baki kontrak selama 18 bulan dengan Lyon.

Pada musim panas lalu, pemain berusia 25 tahun itu dikatakan hampir menyertai Liverpool selepas bidaan bernilai 53 juta pound sterling telah dipersetujui Lyon.

Fekir sudah menjalani pemeriksaan kesihatan di pusat latihan Clairefontaine, Perancis dan mengadakan temu bual bersama dengan pasukan media Liverpool.

Namun, Liverpool telah membatalkan hasrat untuk membeli Fekir disebabkan beliau mempunyai masalah kecederaan lutut kanan.

Pada September 2015, Fekir telah menjalani dua pembedahan dalam tempoh 12 bulan selepas bergelut dengan kecederaan serius di ligamennya.

Chelsea kini dilaporkan telah mendahului pasukan-pasukan lain untuk menandatangani khidmat Fekir. Pini Zahavi sebagai ejen bertauliah dari pihak Chelsea diarahkan untuk menjayakan rundingan tersebut.

Zahavi dilaporkan telah berhubung dengan wakil Fekir untuk memaklumkan hasrat Chelsea dan membincangkan peluang untuk membawa Fekir ke Stamford Bridge musim panas akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here