Chelsea Tidak Memenuhi Keinginan Sarri Membeli Pengganti Fabregas

0
170

 

Chelsea dikhabarkan enggan memenuhi permintaan jurulatih mereka, Maurizio Sarri untuk mendapatkan seorang pemain tengah pada jendela perpindahan musim ini.

Chelsea pada jendela perpindahan ini telah membelanjakan sebanyak 58 juta pound sterling untuk mendapatkan seorang bintang Amerika Syarikat (AS), Christian Pulisic dan semakin hampir mendapatkan penyerang Gonzalo Higuain.

Namun Sarri ada memberitahu pihak lembaga pengarah Chelsea bahawa dia mahukan seorang pemain tengah bagi menggantikan posisi Cesc Fabregas yang berhijrah ke Monaco.

“Kami perlu pengganti untuk Fabregas. Marina (Granovskaia) amat mengetahui pendapat saya,” kata Sarri.

Menurut laporan The Guardian, Chelsea mungkin terpaksa menolak permintaan Sarri kerana pihak lembaga pengarah merasakan Chelsea sudah tidak memerlukan pemain tengah baharu kerana Ross Barkley dan Ruben Loftus-Cheek sudah menunjukkan prestasi yang amat baik musim ini.

Pada masa yang sama, lembaga pengarah Chelsea percaya dengan membeli pemain tengah baharu pasti akan mengurangkan peluang bermain untuk pemain muda berbakat seperti Mason Mount.

Walaupun Chelsea tidak mengikut kemahuan Sarri, mereka kini sedang berusaha untuk mendapatkan Higuain yang dijangka menandatangani kontrak secara pinjaman selama enam bulan.

Ketibaan Higuan di barat London menguatkan lagi khabar angin bahawa Alvaro Morata bakal akan meninggalkan Stamford Bridge pada musim perpindahan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here