Chelsea Yakin Gagalkan Hasrat PSG Untuk Dapatkan Kante

0
102

 

Chelsea semakin hampir dapat mengekalkan khidmat N’golo Kante di Chelsea apabila pemain itu dikatakan akan menandatangani kontrak jangka panjang yang baharu.

Kante bersetuju dengan perjanjian yang ditawarkan Chelsea yang dianggarkan bernilai sehingga £290,000 seminggu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Rundingan antara Chelsea dan Kante berjalan sejak musim panas lalu meskipun ‘digangu’ dengan keinginan Paris Saint-Germain (PSG) terhadap pemain berusia 23 tahun itu.

Pada musim panas 2016, Chelsea telah menewaskan PSG dalam perebutan mendapatkan Kante dari Leicester.

Pada musim pertama Kante di Chelsea, beliau membantu membawa gelaran ke Stamford Bridge dan dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik FWA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here