Cheng Hoe: MFL Berjaya menambah Kualiti Liga Malaysia

0
236

 

Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui beberapa perubahan yang dilakukan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi menambah kualiti saingan tempatan memberi impak positif kepada prestasi pemain dalam kempen Piala AFF 2018.

Menurut pengendali berusia 50 tahun itu, selain memperkenalkan kuota pemain import Asean musim ini, penyusunan jadual oleh badan pentadbir Liga Malaysia (Liga-M) itu membolehkan pemain berada di tahap terbaik.

“MFL berjaya mencipta satu fenomena lebih meriah dengan kehadiran pemain asing termasuk dari Asean. Ramai pemain asing berkualiti yang dibawa masuk sekali gus membantu perkembangan pemain tempatan kita.

“MFL juga menyusun jadual dengan baik. Perlawanan kompetitif dari awal hingga hujung musim dapat membantu pemain negara dari segi momentum dan stamina sebelum kempen Piala AFF bermula,” katanya dalam kenyataan Sabtu.

Menerusi idea cetusan Pengerusi MFL Tunku Ismail Sultan Ibrahim, badan induk itu mengambil langkah menambah kuota lima pemain import dengan pengenalan kuota Asean berbanding empat pemain import bagi pasukan Liga Super sebelum ini.

Selain itu, MFL juga bertindak mengasingkan semula kejohanan Piala Malaysia dengan Liga Super dan Liga Perdana serta mewujudkan Piala Cabaran bagi memastikan semua pasukan mengharungi saingan kompetitif sehingga hujung musim.

Malah ketegasan MFL untuk tidak menunda jadual Piala Malaysia ketika Sukan Asia di Indonesia yang berlangsung Ogos lalu meskipun dikritik hebat kerana menimbulkan masalah pelepasan pemain juga banyak membantu Cheng Hoe mempersiapkan pasukan lebih awal sebelum Piala AFF bermula. –mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here