Christian Pulisic Disambar Chelsea, Musnahkan Harapan Liverpool Dan United

0
188

 

Chelsea dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani Christian Pulisic apabila tonggak utama Borussia Dortmund itu dikatakan telah bersetuju untuk menyertai pasukan kendalian Maurizio Sarri.

Liverpool dikhabarkan telah memburu Pulisic sejak sekian lama dan bintang Amerika Syarikat (AS) itu terbuka untuk berpindah ke mana-mana kelab selepas mengambil keputusan tidak memperbaharui kontraknya di Dortmund.

Pulisic mahu berpindah dari kelab gergasi Jerman itu dan Dortmund turut terbuka untuk menjual pemain berusia 20 tahun itu yang mana kontraknya bakal berakhir pada tahun 2020.

Manchester United juga turut dikatakan berminat terhadap Pulisic tetapi malangnya peluang untuk kelab kendalian Jose Mourinho dan Liverpool itu seakan sudah kabur untuk mendapatkan khidmatnya.

The Daily Mail melaporkan bahawa Chelsea telah memenangi perebutan untuk mendapatkan khidmat Pulisic dan satu pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat bulan depan.

Namun nilai perpindahan belum dipersetujui antara Dortmund dan Chelsea tetapi ianya dijangka bernilai 60 juta pound sterling.

Pulisic sebelum ini ada memberi bayangan bahawa dia ingin beraksi di Pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).

“England, EPL, adalah liga yang menjadi impian setiap pemain. Jadi tiada sebab mengapa suatu hari nanti saya tidak beraksi di sana.

“Seperti yang anda lihat, kami mempunyai tahun yang bagus di Dortmund dan saya menikmati setiap pengalaman itu,” kata Pulisic .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here