City Menang Besar Tetapi Masih Belum Mampu Pecahkan Rekod Liverpool

0
809

 

Manchester City telah mengalahkan Burton Albion 9-0 dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL Cup) di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Walau bagaimanapun, kemenangan 9-0 itu bukanlah rekod kemenangan terbesar dalam sejarah EFL Cup.

Pesta gol itu telah dimulakan oleh Kevin de Bruyne pada minit kelima, Gabriel Jesus pada minit ke-30, 34, 57 dan 65, Oleksandr Zinchenko pada minit ke-37, Phil Foden pada minit ke-62 dan 70, dan gol terakhir dijaringkan Riyad Mahrez pada minit ke-83.

Kejayaan City ini merupakan kemenangan terbesar yang pernah dicapai oleh sebuah pasukan di EFL Cup dalam tempoh 32 tahun.

Rekod terdahulu yang pernah dicatatkan ialah dipegang Liverpool yang telah mengalahkan Fulham 10-0 pada musim 1986/87.

Tepatnya pada 23 September 1986, Liverpool di bawah bimbingan jurulatih Kenny Dalglish tanpa belas kasihan telah membaham Fulham di pusingan kedua EFL Cup.

Penjaring 10 gol The Reds pada masa itu ialah Ian Rush (2 gol), John Wark (2 gol), Ronald Whelan (1 gol), Steve McMahon (4 gol) dan Stephen Nicol (1 gol).

Malangnya, pada perlawan akhir EFL Cup, Liverpool telah kalah kepada Arsenal dengan keputusan 1-2 di Stadium Wembley.

Tiga tahun sebelum kemenangan besar Liverpool itu, pesta kemenangan 10-0 juga telah dicatatkan oleh West Ham United ke atas Bury di pusingan kedua Piala Liga Inggeris 1983/84.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here