Coutinho Dan Marcelo, 2 Pemain Terburuk Di Perlawanan El Clasico

0
839

 

Pada perlawanan pusingan pertama semifinal Copa del Rey antara Barcelona dengan Real Madrid yang berlangsung di Estadio Camp Nou awal pagi tadi berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Terdapat dua pemain dalam perlawanan El Clasico itu dianggap bermain buruk sepanjang perlawanan. Kedua-duanya berasal dari Brazil iaitu Philipe Coutinho (Barca) dan Marcelo Vieira (Real).

Jurulatih Real, Santiago Solari mempertahankan Marcelo yang mendapat banyak kritikan kerana permainannya sangat buruk pada perlawanan tersebut.

Menurut Solari, Marcelo sudah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan dalam perlawanan tersebut.

“Marcelo merupakan kapten kedua dalam pasukan ini. Dia selalu 100 peratus bermain untuk Real Madrid, dan kami ingin melihat yang terbaik darinya,” kata Solari seperti dilapor oleh media luar, Marca.

Berbalik kepada Coutinho pula, dia juga turut dikritik oleh media sukan luar yang mengatakan bahawa kualiti permainannya pada perlawanan tersebut merupakan yang terburuk.

Pada minit ke-63, jurulatih Barcelona (Ernesto Valverde) telah mengeluarkan Coutiho dari perlawanan. Sebagai ganti posisi yang ditinggalkan oleh Coutinho, Lionel Messi dimasukkan dan bermain di posisi sayap kiri.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here