Cristiano Ronaldo Tiada Dalam Pasukan Impian Ibrahimovic

0
1050

 

Penyerang Los Angeles (LA) Galaxy, Zlatan Ibrahimovic, 37, merupakan salah satu nama besar dalam dunia bola sepak yang sudah merasai pelbagai gelaran di peringkat kelab.

Baru-baru ini, Ibrahimovic yang memang terkenal dengan sikap sombong dan ‘gangster’ telah memuat naik satu gambar melalui Instagramnya yang memaparkan pasukan impiannya dalam dunia bola sepak.

Beliau telah menulis nama-nama pemain bola sepak yang terhebat di sehelai kertas bagi mengisi slot pasukan impiannya itu. Akan tetapi, tidak ada nama Cristiano Ronaldo yang ditulisnya, sedangkan Ronaldo merupakan salah seorang pemain terhebat di dunia ketika ini.

Dalam pasukan impian beliau itu menunjukkan terdapat nama pemain Barcelona dan pesaing abadi Ronaldo iaitu Lionel Messi yang menemaninya di barisan serangan. Selain Messi, terdapat juga nama Ronaldinho yang melengkapkan trio barisan serangan.

Di bahagian tengah terdapat nama terkenal seperti Patrick Viera, Xavi Hernandez dan Pavel Nedved. Selanjutnya untuk bahagian pertahanan nama-nama besar yang diimpinya ialah Lilian Thuram, Thiago Silva, Alessandro Nesta dan Maxwell.

Sementara itu, untuk penjaga gol yang menjadi impianya ialah seorang penjaga gol yang boleh dianggap sebagai seorang lagenda yang masih bermain iaitu Gianluigi Buffon.

Akhir sekali untuk bangku simpanan, Ibrahimovic telah memilih pemain-pemain yang tidak kurang hebatnya juga iaitu Julio Cesar, Andres Iniesta, Gennaro Gattuso, Fabio Cannavaro dan Clarence Seadorf.

Walaupun tanpa Cristiano Ronaldo, kelihatan kombinasi pemain yang dipilih Ibrahimovic dalam pasukan impiannya agak mantap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here