Dakwaan Merogol Bekas Model Mungkin Menjejaskan Kontrak Mahal Ronaldo dengan Nike, EA Sports

0
1167

 

Pengeluar pakaian sukan terkemuka, Nike akan memantau secara terperinci tuduhan rogol melibatkan Cristiano Ronaldo.

Nike mempunyai kontrak bernilai AS$1 bilion (RM4.15 bilion), satu kontrak yang cukup mahal.

Selain Nike, EA Sports yang mempunyai kontrak dengan bintang sensasi itu turut meluahkan perkara yang sama.

Ronaldo kini berhadapan dengan tuduhan merogol bekas model, Kathryn Mayorga yang mendakwa kejadian itu berlaku pada 2009.

Mayorga telah memfailkan saman terhadap Ronaldo berhubung dakwaan rogol yang berlaku di penthouse suite sebuah hotel di Las Vegas.

Wanita berusia 34 tahun itu turut mendakwa bekas pemain Manchester United itu mengupah satu pasukan untuk menghalang siasatan jenayah tersebut dan mengarahkannya menerima wang berjumlah 268,000 pound sterling supaya tidak membongkarkan kejadian tersebut.

Ronaldo bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ianya sebagai ‘berita palsu’ pada Rabu.

“Saya secara tegas menafikan tuduhan yang dikeluarkan terhadap saya,” kata Ronaldo menerusi live di Instagram miliknya.

Disebabkan pendedahan itu, Ronaldo digugurkan daripada skuad kebangsaan Portugal bagi perlawanan menentang Poland dan Scotland.

Nike menyatakan mereka mengambi berat mengenai tuduhan itu dan akan berterusan meneliti perkembangan tuduhan itu.

“Kami sudah baca laporan mengenai dakwaan ke atas Ronaldo.

“Kami sedang memantau kes ini. Semua atlet dan duta kami perlu berkelakuan baik seiring dengan nilai syarikat dan produk kami,” ujar EA Sports pula.

Ronaldo turut membuat penafian mengenai tuduhan tersebut di Twitter.

Penafian Ronaldo itu ternyata menarik perhatian ramai sehingga menerima puluhan ribu retweet.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here