David De Gea Tolak Tawaran Kontrak Baru United

0
1465

 

Situasi buruk bakal menimpa Manchester United pada penghujung musim 2018/19 yang akan datang. Ini kerana, sehingga kini tidak ada kesepakatan mengenai kontrak baru antara United dan David de Gea.

Masa depan De Gea menjadi isu dalaman yang cukup penting untuk United kerana dia merupakan tonggak utama kelab ketika ini. Dia sentiasa tampil konsisten dalam perlawanan meskipun United sedang mengalami krisis prestasi.

Kontrak De Gea akan berakhir pada bulan Januari 2019 akan datang. Jika kata sepakat mengenai kontrak gagal dicapai, maka De Gea boleh keluar dari United dengan status perpindahan percuma.

David De Gea Enggan Menandatangani Kontrak

Dipetik dari The Telegraph, Manchester United sudah sedaya upaya untuk memberi tawaran terbaik kepada De Gea. Malah United bersedia menaikkan gaji penjaga gol berusia 28 tahun itu dengan nilai yang cukup lumayan.

Namun, gaji bukanlah persoalan utama yang dituntut oleh bekas penjaga gol Atletico Madrid itu. De Gea sebenarnya mahu bermain dengan kelab yang kompetitif dalam perebutan gelaran kajuaraan, perkara yang sukar dilakukan oleh United musim ini.

De gea dipercayai kecewa dengan pencapaian United ketika ini, yang hanya berada di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sepanjang bersama United, De Gea hanya sekali merasai kejuaraan EPL iaitu pada musim 2012/13, musim terakhir Sir Alex Ferguson. Selepas itu, United mengalami kesukaran dalam persaingan merebut kejuaraan liga.

Berpindah Ke Juventus

Satu pasukan bersedia merealisasikan impian De Gea untuk memenangi gelaran setiap musim. Kelab itu tidak lain adalah gergasi Serie A, Juventus yang cukup berminat untuk mendapatkan khidmat De Gea.

Juventus yang merupakan juara Serie A tujuh kali berturut-turut kini sedang menyusun saatu ‘projek besar’ untuk berjaya dalam saingan Eropah. Mungkin nama De Gea disenaraikan Juventus dalam projek ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here