De Gea Kekal Di United Sehingga 2020?

0
124

 

Manchester United dilaporkan telah melanjutkan kontrak penjaga gol mereka, David De Gea.

Sky Sports News melaporkan, United telah mengaktifkan klausa pada kontrak penjaga gol tersebut sekali gus mengikat De Gea sehingga musim panas tahun 2020.

Kontrak pemain kelahiran Sepanyol itu dijadualkan sepatutnya berakhir pada Jun.

De Gea yang pernah dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada United sepatutnya bebas berbincang tentang perpindahan ke kelab lain melalui perpindahan percuma seawal Januari jika kelab Liga Perdana Inggeris itu tidak melanjutkan kontraknya.

Pemain itu menyertai United pada 2011 dan telah membuat 333 penampilan serta memenangi anugerah pemain terbaik kelab itu sebanyak empat kali.

“United enggan kehilangan salah satu pemain terbaik mereka pada musim panas dan telah menyambung kontrak tersebut untuk tempoh 12 bulan lagi dalam percubaan mereka untuk memujuknya menandatangani perjanjian baharu.

“United membuat beberapa rundingan dan difahamkan De Gea bersedia untuk melanjutkan tempoh tujuh tahunnya di Old Trafford jika dia diberi kenaikan gaji untuk menyamai pemain terbaik Alexis Sanchez.

“De Gea dipercayai telah menolak tawaran sekitar £275,000 (RM1.47 juta) seminggu dan mahu sekurang-kurangnya £300,000 (RM1.6 juta) seminggu sebagai gaji asasnya,” lapor The Mirror.

Jika perjanjian baharu itu tidak berjaya dipersetujui sebelum musim panas 2019, maka United mungkin perlu mempertimbangkan untuk menjual De Gea kepada Paris Saint-Germain atau Juventus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here