Dele Alli : Tottenham Bersedia Untuk Kalahkan Barcelona

0
88

 

Penyerang Tottenham Hotspur, Dele Alli, 22, tegas mengatakan bahawa pasukannya bersiap sedia melakukan apa sahaja untuk mengalahkan Barcelona pada perlawanan terakhir Kumpulan B Liga Champions 2018/19, Rabu, 12 Disember ini. Dia percaya bahawa Tottenham mampu mengalahkan pasukan terbaik dunia itu.

Persaingan Kumpulan B sememangnya cukup ‘panas’ terutamanya perebutan posisi kedua. Barca sudah berada di posisi selesa sebagai juara kumpulan. Sementara di posisi kedua masih menjadi rebutan antara Tottenham dan Inter Milan yang sama-sama mengumpul tujuh mata.

Walaupun berkongsi mata, Tottenham tetap memiliki kelebihan head-to-head berbanding Inter Milan semasa bertandang ke San Siro beberapa bulan lalu. Hasilnya, Tottenham hanya perlu mengalahkan Barcelona untuk ke peringkat seterusnya.

Alii mengakui bukan mudah mengalahkan Barcelona tetapi pemain-pemain Tottenham mempunyai semangat juang yang tinggi bagi merealisasikan tujuan itu.

Perlawanan Terbaik

Bagi Alli, sekiranya Tottenham berjaya mengalahkan Barca, itu akan menjadi kemenangan terbaik sepanjang keriernya. Dia sedar hal itu tidak mudah untuk dicapai kerana bakal bermain di kubu kuat Barca sendiri, Camp Nou.

“(Kemenangan) itu jelas akan berada di atas. Mereka (Barca) adalah salah satu pasukan terbaik di dunia, mereka mempunyai beberapa pemain hebat dan sebagai pasukan kecil anda bermimpi untuk bermain di Camp Nou, kami akan pergi ke sana dan melakukan yang terbaik,” ujar Alli di Sky Sports.

“Saya sempat terkena sedikit demam tetapi tidak terlalu buruk, demam tidak akan melemahkan saya. Kami siap.”

Kesukaran

Alli mengakui perlawanan tersebut cukup sukar untuk dihadapi Tottenham.

“Ini akan menjadi satu perlawanan paling sukar tetapi inilah perlawanan yang saya inginkan, bermain melawan salah satu pasukan terbaik di dunia dan beberapa pemain terbaik di dunia.”

“Anda ingin mencabar diri anda sendiri dan kami akan pergi ke sana dengan kekuatan mental bahawa kami boleh menang dan kami harus yakin.”

“Pertembungan ini akan sukar tetapi kami harus pergi ke sana dan memberikan yang terbaik.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here