Dembele Diberi Amaran Gara-Gara Tipu Sakit Perut Elak Jalani Latihan

0
366

 

Penyerang antarabangsa Perancis, Ousmane Dembele diberi amaran keras untuk berubah sikap atau berdepan dengan dijual.

Dembele menyertai Barcelona dari Borussia Dortmund dengan nilai perpindahan 96 juta pound musim lalu.

Barcelona memberi amaran keras kepada Dembela gara-gara sikap negatifnya sejak akhir-akhir ini.

Ketika aksi menentang Real Madrid minggu lalu, Dembele diletakkan di kerusi simpanan oleh jurulatih Ernesto Balverda selepas dia gagal mengikuti latihan dan gagal dihubungi.

Dembele mendakwa dia mengalami sakit perut dan sembuh sebaik sahaja doktor kelab menemuinya.

Sikap negatif pemain berusia 21 tahun itu telah menguji kesabaran Valverde dan pengurusan Barcelona yang memberi kata dua kepadanya untuk berubah sikap atau berdepan dengan dijual.

Malah, Valverde tidak teragak-agak untuk menggugurkan Dembele untuk perlawanan akan datang sekiranya dia tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Walaupun sudah hampir setahun di Barcelona, Dembele masih gagal berinteraksi dengan baik, lebih-lebih lagi ketika di bilik persalinan.

Barcelona dikatak sedang merancang untuk menjualnya pada Januari nanti.

Liverpool dan Arsenal dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Dembele, malah beberapa laporan mengatakan bahawa The Reds bersedia membuat rekod perpindahan kelab Januari nanti.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here