Dembele Pecah Rekod Messi Di Barcelona

0
429

 

Ousmane Dembele berjaya menyumbang dua gol untuk Barcelona menewaskan Levante pada perlawanan awal pagi tadi.

Menerusi perlawanan ini, dia juga telah memecahkan rekod Lionel Messi di Barcelona pada musim ini.

Barcelona memperoleh kemenangan 3-0 ke atas Levante dalam perlawanan pusingan kedua peringkat 16 terakhir Copa del Rey di Camp Nou.

Pemain Perancis yang berusia 21 tahun itu telah menjaringkan dua gol hanya dalam masa 2 minit sahaja iaitu pada minit ke-30 dan 31.

Gol ketiga Barcelona dijaringkan oleh Messi pada minit ke-54.

Jaringan Dembele dalam perlawanan tersebut telah berhasil menciptakan rekod sebagai satu-satunya pemain Barcelona yang mampu menjaringkan gol dalam semua perlawanan yang dihadapi Barcelona musim ini.

Dembele telah merekodkan jaringan di La Liga Sepanyol (7 gol), Liga Juara-Juara (2 gol), Copa del Rey (2 gol), dan Piala Super Sepanyol (1 gol).

Pencapaian itu telah mengalahkan Messi dengan perbezaan pemain bintang itu tidak dapat menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan merebut Piala Super Sepanyol.

Pada peringkat pembukaan musim 2018/19, dalam merebut Piala Super Sepanyol, Barcelona telah mengalahkan Sevilla dengan keputusan 2-1 di Stade Ibn Batouta, Maghribi pada 12 August 2018.

Gol Barcelona pada perlawanan tersebut telah dijaringkan oleh Gerard Pique dan Ousmane Dembele, manakala Messi pula tanpa sebarang gol.

Berbalik dengan sumbangan dua gol dari Dembele menewaskan Levante, Barcelona telah layak ke suku akhir Copa del Rey dengan kemenangan agregat 4-2.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here