Dembele Pindah Ke Liga China

0
125

 

Pemain Tottenham Hotspur, Mousa Dembele rasmi meninggalkan pasukannya. Dia memilih menersukan kariernya di Liga Super China, bersama pasukan Guangzhou R&F.

Pemain berusia 31 tahun ini berpindah dengan harga perpindahan 11 Juta Pound.

Menurut laporan dari Dailymail, Dembele telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Guangzhou.

Dembele merupakan seorang pemain tengah yang cukup bagus semasa bermain bersama Tottenham. Namun disebabkan mengalami kecederaan, prestasinya akhir-akhir ini agak menurun.

Menurut jurulatih Tottenham, Mauricio Pochettini sebelum ini, baginya Dembele merupakan seorang pemain setaraf dengan Diego Maradona.

“Saya pernah berkata, dia seorang pemain yang pintar,” kata Pochettino pada masa itu.

Malangnya musim ini, dia hanya bermain tujuh kali kerana mengalami masalah kecederaan pergelangan kaki.

Dembele telah menyertai Tottehnam pada Ogos 2012 dari Fulham.

“Pasukan kami percaya dengan kedatangan Dembele, dia akan menjadikan pasukan ini lebih kuat,” kata jurulatih Guangzho, Dragan Stojkovic.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here