Diogo Luis Santo Senjata Baharu JDT, Gempak Siok!

0
184

 

Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengikat bekas penyerang Buriram United, Diogo Luis Santo sebagai pemain import baharu mereka.

Perkara tersebut disahkan menerusi satu video pendek berdurasi 31 saat di media sosial Johor Southern Tigers.

Penyertaan Santo ke JDT dianggap sebagai perpindahan yang berprofil tinggi kerana pemain berasal dari Brazil itu memiliki rekod yang baik bersama Buriram United.

Sepanjang bersama kelab ternama Thailand itu, Santo telah meledak 119 gol daripada 139 penampilan sambil turut mencatat 33 bantuan gol.

Rekod pemain ini bukan biasa-biasa, untuk musim lepas sahaja Santo telah menjaringkan 43 gol dalam 51 perlawanan yang disertainya bersama Buriram United.

Santo pernah beraksi dengan Olympiakos di Greece dan mencatatkan 78 penampilan bersama mereka dan menjaringkan 23 gol

Beliau juga turut mempunyai pengalaman beraksi di peringkat tertinggi eropah apabila bermain di Liga Juara-Juara (UCL) dengan menjaringkan 1 gol ketika pusingan kelayakan.

Penyokong JDT pastinya teruja dengan kehadiran Santo!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here