Disebabkan Telefon Ex GF, Sufian Suhaimi Dikec4m Mainkan Hati Wanita

0
204

Baru-baru ini Sufian Suhaimi dijemput sebagai tetamu undangan oleh sebuah stesen radio Era FM bersempena dengan pencalonannnya dalam Anugerah MeleTop Era (AME2019).

Apa yang menjadi perhatian dalam temu bual tersebut, Sufian menyahut cabaran yang diberikan oleh stesen radio tersebut dimana dia perlu menghubungi bekas kekasihnya untuk mengucapkan perkataan ‘sorry’.

Meskipun agak resah pada awalnya, namun Sufian berjaya melaksanakan cabaran tersebut. Bagaimanapun, cabaran itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang berpendapat cabaran itu tidak sopan.

Kata netizen, kata maaf yang diucapkan itu seolah tidak ikhlas dan seperti dijadikan bahan lawak. Malah ada yang menganggap cabaran itu tidak kelakar langsung dan ibarat mempermainkan hati wanita.

Meskipun ramai yang mengecam, namun masih ada yang terhibur dengan gelagat Sufian yang boleh dikatakan agak sempoi dan berani menyahut cabaran tersebut.. Malah ada segelintir netizen turut mencabar rakan mereka untuk melakukan perkara sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here