Dominasi Ronaldo-Messi Berakhir!

0
992

 

Dominasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sekalu Pemain Terbaik FIFA berakhir setelah Luka Modric dinobat anugerah tersebut untuk musim 2017-18.

Pemain tengah Real Madrid itu mengecapi kempen terbaik liga musim 2017-18 dengan membantu kelabnya merangkul trofi Liga juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut.

Modrid juga mencetus inspirasi besar buat negaranya apabila membawa Croatia mara buat kali pertama ke final Piala Dunia, Jun lalu. Malah dia turut menerima Bola Emas di Rusia.

Anugerah yang diterima Modrid itu bermakna Ronaldo dan Messi masing-masing kekal memenangi anugerah itu sebanyak lima kali.

Sebelum ini Modrid juga menjadi penerima baharu bagi anugerah Ballon d’Or selepas anugerah tersebut dikuasai oleh Ronaldo dan Messi sejak Kaka meraihnya pada tahun 2007.

Pemain berusia 33 tahun itu mengutip 29.05 peratus undian, manakala penyerang Juventus Roanldo (19.08%) dan bintang Liverpool Mohamed Salah (11.23%) untuk tempat kedua dan ketiga.

Walau bagimanapun, Ronaldo dan Messi tidak hadir dalam anugerah berprestij itu.

Kedua-duanya beraksi untuk Juventus dan Barcelona esok, namun ketiadaan mereka mencetus kritikan selepas sekian lama berada di puncak.

“Setiap individu mempunyai alasan tersendiri. Sejujurnya saya mahu melihat kedua-duanya berada di sini tapi mereka tidak dapat melakukannya.

“Ia musim yang sangat menakjubkan dan terbaik sepanjang karier saya.

“Saya amat bangga dengan segala yang dicapai tahun ini dan ia akan diingati selama-lamanya,” ujar Modric.

Untuk rekod musim lalu, Ronaldo menjadi penjaring terbanyak di Liga Juara-Juara buat kali keenam berturut-turut setelah meledak 15 gol dan turut menyumbang empat gol pada Piala Dunia termasuk hatrik ketika aksi bertemu Sepanyol pada aksi pembukaan peringkat kumpulan.

Namun, kegagalan Portugal melangkah ke suku akhir di Rusia serta kegagalan menjaringkan gol pada separuh akhir dan final Liga Juara-Juara telah membuka pintu buat Modric untuk lebih menyerlah.

Bagi Messi pula, amat menyedihkan apabila buat pertama kali dalam tempoh 12 tahun dia tidak tersenarai dalam finalis apabila Salah tersenarai selepas meledak 44 gol pada musim pertamanya di Liverpool selain membantu The Reds melangkah ke final Liga Juara-Juara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here