Drogba Umum Persaraan

0
199

 

Legenda Chelsea, Didier Drogba, mengesahkan untuk bersara daripada arena bola sepak pada usia 40 tahun.

Drogba disenaraikan bersama Phoenix Rising bagi saingan Liga Bolasepak Amerika Syarikat (USL) tetapi tidak akan beraksi.

Rising merupakan kelab pemilikan bersama Drogba dimana kelabnya itu tewas di tangan Louisville City dalam aksi Piala USL awal bulan ini.

Sebelum ini, Drogba pernah memberi bayangan bahawa 2018 merupakan tahun terakhirnya buatnya di pentas profesional dan akhirnya dia telah mengumumkan keputusannya semalam.

“Selepas 20 tahun, saya membuat keputusan untuk menamtkan perjalanan karier,” katanya.

“Ia cara terbaik untuk berhenti, membantu beberapa bakat muda untuk berkembang.

“Memberikan sesuatu dalam perlawanan adalah cara terbaik untuk menamatkannya selepas banyak belajar di dalam permainan,” tambahnya.

Untuk rekod, Drogba telah memenangi empat trofi Liga Perdana Inggeris, empat Piala FA dan tiga Piala Liga ketika bergelar penyerang utama The Blues.

Kenangan paling manis buat Drogba pastinya ketika menjaringkan sepakan penalti kemenangan dalam aksi final liga Juara-Juara Eropah 2012 menewaskan Bayern Munich sekaligus membolehkan Chelsea meraih kejayaan sulung dalan kejohanan berkenaan.

Ketika bergelar penyerang utama Ivory Coast, Drogba berjaya membantu negaranya mara ke final Piala Negara-Negara Afrika dalam dua edisi berturut-turut.

Pemenang dua kali Pemain Terbaik Tahunan Afrika itu juga telah memenangi Liga Super Turki bersama Galatasaray setelah meninggalkan Chelsea pada 2012.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here