Dua Pasukan Liga Super Berminat Untuk Dapatkan Khidmat Sandro

0
642

 

Bekas pemain import Kedah, Sandro Da Silva mungkin bakal kembali ke Liga Malaysia (Liga M) musim 2019 apabila namanya dikaitkan dengan dua pasukan Liga Super.

Menurut sumber, Sandro diintai Melaka United (MU) dan FELDA United yang dilkatakan cukup berminat ke atas penyerang yang memiliki kepakaran dalam melakukan sepakan percuma itu.

Sandro yang mula menyertai Kedah pada 2015 telah meraih beberapa kejayaan seperti Piala Liga Perdana, Piala Malaysia dan Piala FA sepanjang empat musim bersama skuad Hijau Kuning.

Reputasi dan pencapai hebatnya itu membuatkan ‘saham’ Sandro tetap melonjak walaupun disingkirkan Kedah baru-baru ini.

Selain itu, Sandro juga adalah antara pemain yang sering menunjukkan komitmen dan tahap disiplin yang tinggi serta mudah mesra bersama pemain tempatan.

“Jadi tidak hairanlah dia sentiasa diintai pasukan tempatan dan luar negara. Saya yakin Sandro dapat membuat pilihan yang tepat untuk musim baharu nanti.

“Kedua-dua pasukan itu menunjukkan peningkatan yang baik dalam Liga M musim ini dan pastinya mahu mendapatkan pemain berpengalaman dan berkualiti,” kata sumber.

Kata sumber itu lagi, memang ada risikan ke atas Sandro terutamanya bila Kedah menggugurkan khidmatnya, namun setakat ini masih belum ada pengumuman yang dikeluarkan berkaitan tawaran.

Sandro sebenarnya mahu beraksi semusim lagi di Liga M jika diberikan peluang, namun hasratnya berkecai selepas Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengambi keputusan tidak mahu memperbaharui kontrak pemain itu bersama empat lagi pemain import yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here