Duishobekov Tidak Berminat Untuk Meneruskan Karier Di Kelantan

1
2057

 

Pemain import Kelantan, Bakhtiar Duishobekov telah meninggalkan pasukan negeri itu selepas kontraknya berakhir bulan ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan yang mengatakan Duishobekov tidak berminat lagi meneruskan karier di Kelantan selepas pasukan itu tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

“Faktor kejatuhan Kelantan ke Liga Perdana dan kedudukan tercorot dalam Liga Super menyebabkan ada pemain berminat untuk berpindah ke pasukan lain walaupun ditawar kontrak baharu.

“Kami sudah mengadakan rundingan dengan Bakhtiyar mengenai kontraknya bersama pasukan namun menemui jalan buntu selepas dia menyatakan hasrat berpindah ke pasukan lain.

“Bakhtiyar mohon dilepaskan kerana mendapat tawaran kelab luar negara dan tidak menyatakan hasrat mewakili mana-mana pasukan atau kelab di negara ini.

“KAFA mendoakan dia berjaya dengan pasukan baharu dan terima kasih kerana membantu menambah kekuatan jentera tengah dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini,” kata Bibi kepada Berita Harian.

Duishobekov merupakan pemain skuad kebangsaan Kyrgyzstan telah mengikat kontrak selama enam bulan bersama Kelantan bagi menggantikan Margaro Gomis yang mengalami kecederaan.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here