Dulu Dibayangi Messi, Sekarang Dibayangi Mbappe

0
406

 

Sebelum ini, Neymar berhijrah ke PSG atas alasan mahu menjadi pemain utama dalam pasukan dan enggan dibayangi Lionel Messi di Barcelona. Beliau juga mahukan peluang lebih baik untuk pengiktirafan peribadi yang lebih banyak seperti Ballon d’Or ataupun Anugerah FIFA Best.

Namun, sekarang Neymar dilaporkan sedang merancang untuk meninggalkan pasukan Paris Saint-German (PSG) gara-gara enggan dibayangi dengan Kylian Mbappe pula.

Menurut satu sumber, Neymar tidak mahu dibayangi Mbappe dan enggan berkongsi perhatian yang diterimanya dengan pemain itu.

Mbappe merupakan pemain kedua paling mahal di dunia dibelakang Neymar, namun menjadi perhatian utama gara-gara kemampuannya meledak 11 gol dalam sembilan perlawanan musim ini.

Selain itu, Neymar juga dikatakan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Mbappe dan perkara itu jelas dapat dilihat sewaktu mereka berada di padang.

Neymar mengikat kontrak bersama PSG yang akan tamat pada 2020.

Dalam pada itu, seorang wartawan bola sepak Sepanyol, Diego Tores mendedahkan Neymar dan Dani Alves gemar mengejek Mbappe.

Malah, mereka juga sering memperkecilkan kemampuan pemain muda itu.

Menurut pendedahan itu lagi, Mbappe dilayan seperti pemain junior biarpun dia berada dalam kelas tersendiri dan dinobatkan sebagai pemain kedua termahal di dunia.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here