Dybala Tidak Berminat Untuk Berpindah Ke United Kerana Gembira Bermain Bersama Ronaldo

0
854

Penyerang Juventus, Paolo Dybala, menafikan dakwaan yang mengatakan dia akan berpindah ke Manchester United.

Dybala mengatakan dia kini gembira bermain di samping Cristiano Ronaldo dan tidak berminat meninggalkan pasukannya, Juventus.

United dikhabarkan cukup berminat untuk mendapatkan khidmat Dybala untuk kembali menyatukan pemain itu dengan bekas rakan sepasukannya, Paul Pogba.

Bekas pemain Palermo itu menjaringkan gol tunggal ketika kemenangan 1-0 Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford, Oktober lalu.

Walaupun peranan Dybala dalam pasukan terpaksa diubah ekoran kemasukan Ronaldo, dia tetap tidak berminat untuk meninggalkan pasukan juara Serie A tersebut.

Setakat ini, Dybala telah menjaringkan dua gol dalam sembilan penampilan liga musim ini.

“Saya tidak fikir langsung tentang perpindahan.

“Saya gembira bersama Juventus dan sedang fokus untuk memenangi kesemua gelaran di sini,” katanya kepada Mirror Football.

Selepas mengambil keputusan keluar dari Real Madrid, Ronaldo mencuri perhatian ramai pihak apabila berjaya meledak sembilan gol dalam semua kejohanan yang disertai Juventus.

Dybala yakin dia mampu bekerjasama dengan Ronaldo bagi membentuk gandingan yang mantap buat Juventus.

“Kami gembira untuk bergandingan sejak Ronaldo tiba di sini.

“Kami bergandingan baik setakat ini dan menjaringkan gol-gol penting buat Juve.

“Cristiano baru tiba di sini, namun kami tahu kepentingannya kepada pasukan.

“Kami cukup mengenali corak permainannya.

“Sudah pasti kami perlu melakukan beberapa perubahan, namun kami gembira dapat menghasilkan jaringan bersama-sama,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here