Empat Sebab Chelsea Bakal Dikalahkan Manchester City

0
262

 

Chelsea bakal menghadapi lawan yang agak sukar untuk perlawanan ke-16 Liga Perdana Inggeris (EPL), 9 Disember 2018. The Blues akan melayang kunjungan pendahulu liga ketika ini iaitu Manchester City di Stamford Bridge.

Chelsea kini menduduki tempat keempat liga dengan mengumpul 31 mata daripada 15 perlawanan. The Blues kini ketinggalan 10 mata dibelakang The Citizens yang gah dipuncak liga. Setakat ini pasukan bimbingan  Pep Guardiola telah meledak 45 gol dan bolos tujuh gol sahaja.

Berikut adalah empat sebab The Blues bakal dikalahkan oleh The Citizens menurut laporan Sportskeeda.

Serangan City

Manchester City kini sedang berada dalam prestasi yang agak baik pada musim ini kerana mempunyai barisan pemain hadapan yang agak cemerlang. Pada musim ini, pemain seperti Raheem Sterling, Riyad Mahrez, Leroy Sane, Gabriel Jesus dan Sergio Aguero telah mencetak 45 gol.

Satu-satunya pasukan yang berjaya menghalang City daripada meledak gol adalah Liverpool.

Barisan pertahanan Chelsea mungkin sedikit lega apabila Aguero dilaporkan mengalami kecederaan, namun Gabriel Jesus juga masih boleh menjadi ancaman yang agak bahaya.

Bercakap mengenai Chelsea, nampaknya barisan penyerang mereka pada musim ini kurang menyerlah. Alvaro Morata dan Olivier Giroud hanya meledak enam gol, sedangkan Raheem Sterling lebih banyak daripada itu.

Eden Hazard memulakan musim ini dengan agak baik, malangnya dalam lima penampilan terakhirnya dia gagal meledak sebarang gol.  Jikalau dikira dari segi kekuatan barisan serangan, jelas menunjukkan City lebih unggul dari Chelsea kecuali pasukan bimbingan Maurizio Sarri itu mendapat sentuhan keajaiban.

Keletihan

Bintang utama Chelsea, Eden Hazard telah bermain 90 minit dalam perlawanan sebelum ini iaitu ketika menentang Fulham dan Wolves. Situasi ini mungkin bakal mempengaruhi prestasinya saat melawan pendahulu liga City.

Hazard mungkin  akan bermula di bangku simpanan seperti saat melawan Arsenal. Setelah masuk selama 20 minit dalam perlawanan, Hazard berjaya mencipta peluang gol kemenangan yang diledak oleh Marcos Alonso.

Antonio Rudiger, Cesar Azpilicueta, dan N’Golo Kante turut bermain secara penuh untuk The Blues dalam dua perlawanan terakhir. Hal ini, mungkin akan membatasi prestasi mereka ketika menentang City.

Barisan Pertahanan Chelsea

Ketika melawan Wolves, Chelsea telah mengalami kekalahan 1-2. Barisan pertahanan The Blues bermain sangat buruk dalam perlawanan tersebut.

Chelsea sudah bolos enam gol dalam empat perlawanan terakhir dan hanya meledak empat gol. David Luiz dan Antonio Rudiger mencipta assist yang luar biasa musim ini, dan mereka dilihat sesuai dengan corak permainan yang diterapkan Maurizio Sarri. Malangnya, prestasi mereka tidak menentu dan sering melakukan kesilapan mudah yang membuat The Blues kehilangan mata.

Marcos Alonso dilihat beraksi di bawah prestasi sebenarnya. Sebelum ini pemain Sepanyol itu bermain sebagai bek sayap kiri di bawah Antonio Conte, tetapi kembali bermain fullback di bawah Sarri.

Alonso kelihatan sering lambat turun ke posisi sebenarnya sehingga membuka ruang buat pemain lawan melakukan serangan balas dan ini pastinya akan menimbulkan masalah besar bagi David Luiz dan Jorginho untuk menutup ruang itu.

Sterling yang memiliki kepantasannya sudah tentu dengan mudah dapat mengalahkan Alonso memandangkan prestasi pertahanan dari Sepanyol itu pada musim ini sangat buruk kerana dia tidak dapat bertahan dengan baik dan gagal memberi sebarang assist kepada rakan-rakannya.

Prestasi Semasa

Manchester City berada dalam prestasi terbaik pada musim ini setelah meledak banyak gol dan tidak banyak bolos.

Chelsea juga memulakan musim dengan agak baik dan tidak terkalah sepanjang 10 perlawanan berturut-turut. Mereka adalah satu-satunya pasukan yang tak terkalah dari semua pasukan di lima liga utama Eropah musim ini sehingga mereka bertemu Tottenham di Wembley. Selepas itu The Blues dilihat mengalami kesukaran untuk memungut mata.

Berdasarkan prestasi pasukan ketika ini, Manchester City mempunyai peluang yang lebih besar untuk meraih tiga mata penuh ketika menentang Chelsea, tetapi mereka juga harus berhati-hati apabila bermain di Stamford Bridge.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here