Evolusi ‘Free Kick’ Lionel Messi

0
520

 

Lionel Messi antara seorang pemain terbaik sepanjang sejarah bola sepak masa kini. Sejak beberapa tahun lalu, Messi telah diakui sebagai seorang pakar sepakan percuma.

Gol pertama sepakan percuma Messi adalah pada musim 2008/09 selepas percubaan ke-13 dalam tiga musim.

Statistik Sepakan Percuma Messi

2004/05 – Sepakan Percuma: 0; Gol: 0
2005/06 – Sepakan Percuma: 0; Gol: 0
2006/07 – Sepakan Percuma: 1; Gol: 0
2007/08 – Sepakan Percuma: 5; Gol: 0
2008/09 – Sepakan Percuma: 7; Gol: 1
2009/10 – Sepakan Percuma: 16; Gol: 2
2010/11 – Sepakan Percuma: 21; Gol: 1
2011/12 – Sepakan Percuma: 49; Gol: 3
2012/13 – Sepakan Percuma: 44; Gol: 3
2013/14 – Sepakan Percuma: 36; Gol: 3
2014/15 – Sepakan Percuma: 50; Gol: 2
2015/16 – Sepakan Percuma: 42; Gol: 4
2016/17 – Sepakan Percuma: 45; Gol: 2
2017/18 – Sepakan Percuma: 72; Gol: 7
2018/19 – Sepakan Percuma: 19; Gol: 4

Evolusi Sepakan Percuma Messi

Sekurang-kurangnya lima perkara yang perlu digabungkan untuk melakukan sepakan percuma dengan baik. Lima faktor itu adalah kekuatan, kedudukan, teknik menendang, keseimbangan dan penglihatan.

Menurut laporan media luar Marca, Messi mengubah cara dia menendang bola dalam latihan. Salah satu perubahan paling ketara ialah kedudukan sokongan kaki.

Pada mulanya, Messi menyokong tubuhnya dengan sebelah luar kaki kanan untuk mengekalkan keseimbangan seluruh tubuh dan menjadikan Messi kehilangan kestabilan dan kawalan pada sepakannya.

Tetapi kini, hampir seluruh tapak kaki kanan Messi mendarat sempurna di padang sebelum dia menendang bola.

Untuk meningkatkan ketepatan sepakan, Messi juga mengubah kedudukan badannya ketika menendang. Dalam kes ini, tubuhnya (bahu dan dada) membentuk busur panah. Putaran badannya yang merupakan bahagian terakhir dari semua pergerakan ini juga lebih ‘rapat’ dibandingkan ketika ia mengambil sepakan percuma di awal kerjayanya.

Hasilnya, Messi menjadi pengambil sepakan percuma yang jauh lebih berbahaya daripada sebelumnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here