Fabregas Sah Bersama Henry Di AS Monaco

0
107

 

AS Monaco mengumumkan secara rasmi telah menandatangani Cesc Fabregas dari Chelsea sebagai pemain ketiga yang telah dibawa oleh mereka pada musim perpindahan 2019.

Melalui akaun Twitter rasmi kelab, Monaco mengumumkan telah berjaya menandatangani Fabregas dari Chelsea pada hari Jumaat, 11 Januari 2019 waktu tempatan.

Fabregas mengikat kontrak bersama Monaco selama tiga setengah musim iaitu sehingga Jun 2022.

Timbalan Presiden Monaco, Vadim Vasilyev mengakui agak gembira kerana berjaya mengikat pemain berpengalaman seperti Fabregas.

“Kami sangat senang dengan kedatangan Cesc Fabregas ke AS Monaco, seorang pemain berkelas dunia dan profesional yang hebat,” kata Vasilyev menurut laman rasmi kelab.

“Kedatangan pemain ini mewakili cita-cita kelab. Kedatangannya jelas memperkuatkan teknikal untuk pasukan.

“Kami percaya pengalamannya di peringkat tertinggi akan membawa banyak perkara baik kepada pemain-pemain lain tidak kira di atas padang ataupun di luar padang,” tambah Vasilyev.

Fabregas mengakui bahawa dia tidak sabar untuk bermain bersama-sama pemain lain yang di bawah bimbingan bekas rakan sepasukannya di Arsenal iaitu Thierry Henry sebagai jurulatih AS Monaco.

“Sangat menyenangkan boleh bersama dengan AS Monaco, ini adalah sebuah projek baru bagi saya,” kata Fabregas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here