FAM Mahu Penyokong Boikot Ulat Tiket!

0
107

 

Harga tiket perlawanan itu ditetapkan antara RM30 hingga RM40 mengikut tempat duduk, bagaimanapun kumpulan tidak bertanggungjawab ini telah menggandakannya dan menawarkan sehingga RM150 setiap tiket.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, tindakan memboikot ini boleh membuatkan ulat tiket berkenaan mengalami kerugian, sekali gus mampu mengurangkan kegiatan kumpulan itu daripada terus berleluasa pada perlawanan besar akan datang.

“Namun jika penyokong terus dengan tabiat tidak kisah untuk berbelanja lebih membeli tiket yang telah digandakan harganya oleh ulat tiket ini, ia hanya akan membuatkan perkara ini berlanjutan dan tidak boleh dihapuskan sampai bila-bila.

“FAM sendiri turut akan mengambil langkah proaktif pada masa depan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam membasmi kegiatan ulat tiket ini daripada industri bola sepak negara.

“Mungkin kita tak boleh menghilangkan terus kegiatan mereka, tetapi kita mampu untuk mengurangkannya dengan memboikot ulat tiket ini bermula dengan perlawanan Sabtu ini. Jika tiada permintaan, maka tiadalah penawaran,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Stadium Nasional Bukit Jalil bakal dipenuhi dengan lautan penyokong Harimau Malaya apabila FAM mengesahkan kesemua tikat 80,000 keping telah habis dijual.

Baki 40,000 tiket yang dijual di kaunter tiket Stadium Nasional dan cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports dan Football Republic sejak 10 pagi Khamis turut mendapat sambutan menggalakkan daripada penyokong.

Harimau Malaya mengesahkan tiket ke separuh akhir selepas membenam Myanmar 3-0 pada Sabtu lalu.
Bagi aksi separuh akhir kedua, Malaysia akan berkunjung ke Stadium Rajamangala pada 5 Disember depan.

Pertemuan itu sudah pasti menarik buat kedua-dua pasukan dan ia bakal menjadi perlawanan ulangan final Piala AFF 2014 apabila Malaysia tewas dengan agregat 3-4.
Manakala Thailand mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan B selepas menewaskan Singapura 3-0 dalam aksi terakhir kumpulan itu di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Ahad lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here