FAM Tidak Berminat Khidmat Teong Kim Sekiranya Mereka Ambil Alih NFDP

0
815

 

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan pihaknya langsung tidak berminat untuk menggunakan khidmat Lim Teong Kim sekiranya mereka dapat mengambil alih Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).

Pemecatan Teong Kim selaku jurulatih skuad bawah 16 tahun negara sudah cukup membuktikan bahawa nama pengendali itu tiada dalam perancangan FAM sekiranya NFDP berada di bawah selian badan induk itu selepas ini.

“Saya tidak pasti. Seperti apa yang saya katakan, itu adalah budi bicara pihak menteri.

“Apa yang penting, menteri tahu hala tuju mengenai individu yang akan menjalankan tugas dalam program ini,” kata Subahan.

15 Oktober ini semua pihak akan mengetahui sama ada NFDP akan diletakkan di bawah seliaan FAM ataupun sebaliknya.

Ketika ini FAM sedang berusaha menyakinkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bahawa mereka adalah pihak yang paling tepat untuk mengemudi program itu. Malah FAM dilihat yakin mampu menghasilkan keputusan yang lebih baik dengan syarat ianya dana yang sesuai diperuntukkan.

“Apabila anda mahu menjalankan program seperti ini, sudah pasti soal kewangan paling penting.

“Berapa jumlahnya, saya tidak tahu kerana ia bergantung kepada keputusan menteri. Mungkin formula lain juga perlu dicari,” kata Subahan lagi.

Sementara itu, Syed Saddiq akan mengadakan dialog bersama peminat bola sepak tempatan yang akan turut disertai wakil daripada FAM, NFDP dan Masjlis Sukan Negara (MSN).

Namun buat masa sekarang, beliau enggan terburu-buru untuk mendapatkan khidmat luar untuk menggantikan tempat Teong Kim kerana mahu melakukan perbincangan terlebih dahulu.

“Saya tidak mahu menjadi pakar dalam bidang ini, jadi kita tunggu. Apa yang saya boleh katakan, sekarang ini ia berdasarkan kedudukan kewangan kementerian.

“Sebab itu, kenyataan saya berkait rapat dengan situasi itu dan saya mahu menemui penyokong tegar bola sepak kerana mereka memiliki pandangan dan mungkin cadangan tersendiri,” ujar Syed Saddiq.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here