Faridzuan: Jangan Harap Saya Lepaskan Gol!

0
5222

 

Penjaga gol Kelantan, Mohamad Faridzuan Kamaruddin bertekad mahu memastikan gawang Kelantan tidak dibolosi ketika perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2018 menentang Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabtu ini.

Maskipun mengakui kemenangan tipis 2-1 Kelantan ke atas Sabah pada suku akhir pertama belum selesa untuk dijadikan bekalan ketika bertandang di tempat lawan, Faridzuan tetap percaya rakan seperjuangannya mampu memberi tentangan hebat bagi merealisasikan impian Kelantan melangkah ke separuh akhir.

“Walaupun pasukan menang dalam aksi suku akhir pertama tetapi secara peribadi saya sendri belum puas hati dan berharap pasukan mampu beri yang lebih baik untuk aksi timbal balik nanti.

“Berikutan Sabah juga berjaya mempunyai jaringan dalam perlawanan itu, sebagai penjaga gol saya mahu lebih memotivasikan diri selepas ini dan memberi sepenuh tumpuan pada sesi latihan sebagai persediaan sebelum berangkat ke sana.

“Selain itu saya juga memerlukan bantuan kerjasama dari rakan pemain bagi menyekat pergerakan lawan untuk mengelak mereka berlegar-legar di sekitar bahagian kotak gol,” katanya kepada Berita Harian.

Dalam perlawanan di Kota Bharu baru-baru ini, Faridzuan mengalami sedikit kecederaan di bahagian lutut kiri. Namun bagi penjaga gol Kelantan berusia 23 tahun itu, kecederaan tersebut tidak akan mematahkan semangatnya untuk melindungi gawangnya daripada dibolosi.

Mengulas mengenainya, Faridzuan menegaskan dia kini semakin pulih selepas menjalani rawatan susulan dan sudah memulakan latihan seperti biasa.
“Alhamdulilah menegnai kecederaan itu ia semakin baik sejak kelmarin dan Insya-Allah saya bersedia untuk perlawanan Sabtu ini,” katanya.

Featured Image: Facebook TRWFC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here