Farizal Sudah Beraksi Dengan Baik, Tiada Keperluan digantikan Dengan Apek

0
227

 

Penjaga gol negara, Farizal Marlias telah mempamerkan aksi yang agak baik dalam perlawanan final pertama AFF Suzuki 2018.

Agak tidak adil sekiranya ingin meletakkan kesalahan kepada Farizal di atas dua gol yang dijaringkan Vietnam.

Jika diperhatikan betul-betul, gol pertama Vietnam berpunca daripada kesilapan di bahagian pertahanan. Malah Farizal telah berjaya menghalang cubaan pertama pemain lawan.

Untuk gol kedua pula, tindakan barisan pertahanan yang ‘ball watching’ telah menghalang pandangan penjaga gol dan biasan yang berlaku kepada percubaan pemain Vietnam telah mengelirukan Farizal.

Goal.com telah memilih Farizal sebagai pemain terbaik (MOTM) dengan rating 8/10. Farizal juga beberapa kali menyelamatkan gawang gol darpada dibolosi dalam situasi 1 vs 1.

Penting untuk peminat bola sepak tanah air ‘membuang’ kecenderungan kepada pasukan domestik dalam menilai prestasi Harimau Malaya.

Apek juga ada kelebihan tersendiri sebab itu Tan Cheng Hoe memanggilnya untuk membarisi skuad negara. Namun buat masa ini Farizal rasanya lebih sesuai menjadi pengawal di gawang Harimau Malaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here