FBI Mungkin Campur Tangan Kes Rogol Ronaldo

1
1241

 

Peguam kepada Kathryn Mayorga, wanita yang mendakwa telah dirogol Cristiano Ronaldo dilapor meminta bantuan Pihak Biro Siastan Persekutuan (FBI) untuk campur tangan menyiasat kes berkenaan.

Pasukan perundangan yang mewakili wanita berkenaan mendakwa Ronaldo telah membelanjakan jutaan dolar dalam usaha untuk menutup mulut Kathryn.

Dalam masa yang sama, mereka turut memohon pihak FBI membuat siasatan mengenai detektif persendirian yang diupah Ronaldo dalam usaha menutup kes berkenaan.

Selain FBI, pasukan perundangan yang mewakili Kathryn turut memohon bantuan daripada polis Scotland Yard dan pihak berkuasa Portugal.

Walaupun belum dibuktikan bersalah, Ronaldo kini telah menerima beberapa kesan yang akan menjejaskan kerjayanya sebagai pemain bola sepak terkemuka dunia.

Akibat daripada tuduhan itu, bintang baharu Juventus itu digugurkan daripada skuad kebangsaan Portugal bagi perlawanan menentang Poland dan Scotland.

Lebih memeritkan apabila kontrak Ronaldo bersama syarikat pengeluar pakaian sukan Nike dan EA Sports juga mungkin ditamatkan jika dia dibuktikan bersalah.

Nike yang mempunyai kontrak bernilai AS$1 bilion (RM4.15 bilion) dengan pemain itu sedang memantau perkembangan siasatan kes itu.

Ronaldo telah mengeluarkan penafian sekeras-kerasnya berhubung dakwaan tersebut di media sosial pada Khamis.

“Saya sekeras-kerasnya menafikan tuduhan terhadap saya,” kata Ronaldo.

“Saya mahu membersihkan nama saya… saya mahu bertenang dan menantikan segala hasil siasatan,” tambahnya.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here