Felcra Ada Duit Untuk Bermain Di Liga Super!

0
3454

 

“Felcra FC Tidak Tarik Diri”, itulah kenyataan tepat untuk menjawab khabar angin bertiup kencang yang mengatakan naib juara Liga Perdana 2018 itu tidak akan menyertai Liga Super bagi saingan musim depan.

Sejak 3 bulan lalu, Felcra FC memang berhadapan isu dana yang tidak mencukupi untuk membentuk pasukan berstatus Liga Super.

Namun, masalah itu nampaknya telah menemui jalan penyelesaian apabila Felcra FC dikatakan telah mendapat dana luar yang berjumlah melebihi RM10 juta setakat ini.

Perkembangan positif itu sekaligus menyebabkan Felcra FC tidak lagi hanya bergantung kepada dana Felcra Berhad.

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Felcra, Datuk Hazian Murad yang akan membuat pengesahan mengenai status pasukan itu kepada penganjur Liga Bolasepak Malaysia (MFL), 1 November depan.

“Jumlah dana sebanyak RM10j adalah angka yang selamat.

“Tetapi, kalau dengan jumlah itu sahaja, ia kurang efisien untuk sesebuah pasukan bola.

“Kami bukan sahaja perlu membayar gaji pemain dan pegawai, ia melibatkan kos stadium, pengadil dan anggota keselamatan dalam setiap pasukan,” katanya.

Jelas Hazian lagi, Felcra tidak akan melakukan rombakan besar-besaran untuk menghadapi saingan musim depan dan hanya akan ada beberapa perubahan kecil yang bakal dilakukan mengikut keperluan.

“Saya tidak rasa kami akan membuat rombakan besar-besaran.

“Itu semua bergantung kepada barisan kejurulatihan.

“Kalau kami sah beraksi dalam Liga Super, perubahan mesti dilakukan dalam usaha penambahbaikan pasukan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here