Fernandinho: Liverpool Kini Hadapi Tekanan Untuk Bergelar Juara EPL

0
107

 

Liverpool ketika ini masih berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat 21 perlawana.

Namun bagi pemain tengah Manchester City, Fernandinho menganggap bahawa tekanan untuk menjadi juara masih di pihak Liverpool bukan pada City.

Persaingan kejuaraan semakin sengit selepas City berjaya menumbangkan The Reds dengan keputusan 2-1 kelmarin.

Kekalahan tersebut merupakan kekalahan pertama untuk The Reds dalam saingan EPL musim ini.

Kemenangan yang dilakar The Citizens merapatakn jarak mata dengan The Red yang kini di posisi satu liga. Pasukan Josep Guardiola kini mengumpul 50 mata iaitu kurang empat mata dari Liverpool.

Fernandinho yakin bahawa jarak mata yang semakin mengecil ini akan memberi tekanan kepada pemain-pemain bimbingan Juergen Klopp.

Pemain tengah City itu juga turut yakin bahawa tidak mudah untuk Liverpool terus mempertahankan posisi puncak liga.

“Perbezaan empat mata akan menjadikan musim ini menarik untuk kedua-dua pasukan. Mereka (Liverpool) masih menjadi pemimpin dan mereka masih mempunyai banyak permainan untuk bermain,” kata Fernandinho kepada Sky Sports.

“Ianya tidak mudah untuk kekal di atas kerana tekanan akan menjadi sangat tinggi. Anda dikehendaki memenangi setiap perlawanan, jadi kami akan melihat apa yang berlaku pada akhir musim nanti,” tambah Fernandinho.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here