Gara-Gara Bergaduh Vidal Didenda RM3.38 Juta

0
327

 

Pemain tengah Barcelona, Arturo Vidal didapati bersalah melakukan serangan dalam pergaduhan di kelab malam di Jerman, tahun lalu telah diarahkan membayar denda 800, 000 euro (RM3.38 juta) oleh mahkamah Munich.

Makamah Daerah Munich mendenda Vidal berdasarkan gajinya selama 80 hari, yang dikira 10,000 euro (RM47,915) sehari selepas dia meninggalkan Bayern Munich pada Ogos lalu selepas tiga tahun bersama kelab gergasi Jerman itu.

Pemain kebangsaan Chile itu tidak hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan hakim kerana beraksi bersama skuad negaranya ketika menewaskan Mexico 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa.

Pergaduhan yang berlaku di kelab malam Crown pada September 2017 itu telah berjaya dirakam menerusi rakaman video keselamatan.

Menerusi video itu Vidal dan adik tirinya didapati bersalah kerana menyerang seorang lelaki.

Adik tiri Vidal, Sandrino, 25, telah didenda 18,000 euro (RM86,000) berdasarkan gajinya selama 120 hari iaitu 150 euro (RM718) sehari. Dia menghadapi penalti yang lebih besar kerana dia telah membaling gelas dalam insiden itu.

Sejak menyertai Barcelona, Vidal dilihat bergelut untuk membarisi skuad utama yang dipenuhi bintang di bahagian tengah . Pemain berusia 31 tahun itu hanya beraksi dalam dua daripada lapan perlawanan liga setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here