Gara-Gara Cukur Jambang, Salah Dikecam Peminat Sendiri…

0
343

 

Sebagai pemain bola terkenal dunia, Mo Salah memiliki jutaan peminat dari pelbagai negara.

Namun, peminat yang obses dan keterlaluan juga kadang-kala boleh membuatkan bintang kelahiran Mesir itu pening kepala.

Baru-baru ini, tindakan Salah yang mencukur jambang menerima reaksi kurang memberangsangkan dari peminatnya.

Rata-rata mereka tidak suka dengan keputusan itu.

Lebih teruk, ada yang risau jika imej tersebut akan memberi kesan kepada prestasi Salah di padang.

Kedengaran tidak masuk akal, namun itulah yang berlaku terhadapnya.

Bagaimanapun, Salah kembali menerima pujian apabila foto terbaharu memaparkan dia kini sudah kembali mempunyai jambang.

Dia turut dihujani komen di Instagram berhubung imej tersebut.

“Dia dah ada jambang balik,” tulis seorang peminat.

“Imej ini lebih baik dari yang bercukur tempoh hari,” tulis seorang lagi individu.

Malah, ada segelintir peminat yang berseloroh kononnya tidak mengenali lelaki dalam foto itu, berikutan perubahan imejnya. – Liverpoolecho.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here