Gara-Gara Dituduh Merogol Model, Ronaldo Digugurkan Daripada Skuad Portugal Lawan Poland, Scotland

0
783

 

Cristiano Ronaldo digugurkan daripada skuad kebangsaan Portugal bagi perlawanan menentang Poland dan Scotland.

Bintang Juventus itu tidak bermain untuk pasukan negaranya sejak Piala Dunia selepas ia gagal melayakkan diri ke suku akhir.

Ronaldo bagaimanapun belum bersara daripada bola sepak antarabangsa, dan dijangka pulang ke negaranya.

Pengguguran tersebut ketika dakwaan rogol membabitkan Ronaldo pada 2009.

Ronaldo, 33, mengeluarkan penafian sekeras-kerasnya berhubung dakwaan tersebut di media sosial pada Khamis.

“Saya sekeras-kerasnya menafikan tuduhan terhadap saya,” kata Ronaldo.

“Saya mahu membersihkan nama saya… saya mahu bertenang dan menantikan segala hasil siasatan,” tambahnya.

Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) mengambil tindakan undang-undang, dengan mendakwa Ronaldo telah merogolnya di sebuah bilik di hotel di Las Vegas, AS pada 2009.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here