Gara-Gara Seri, Inter Tersingkir Spurs Selamat

0
103

 

Perebutan ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara di Kumpulan B nampaknya berlangsung cukup sengit.

Inter Milan telah tersingkir selepas terikat seri 1-1 dengan PSV Eindhoven di San Siro, manakala Tottenham Hotspurs pula yang juga seri 1-1 dengan Barcelona berjaya meraih slot ke pusingan kalah mati.

Dalam perebutan slot ke pusingan kalah mati, Kelab Serie A itu perlu mengatasi keputusan Spurs di Camp Nou untuk memintas kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Skuad kendalian Luciano Spaletti seakan-akan sudah mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati apabila kapten pasukan, Mauro Icardi berjaya meraikan perlawanan ke-200 untuk kelab dengan jaringan penyamaan pada minit ke-73, selepas Hirving Lozana membuka jaringan pada minit ke-13.

Ketika itu, Spurs pula masih ketinggalan satu gol di Barcelona.

Bagaimanapun, Lucas Moura telah menyamakan kedudukan untuk Spurs, membolehkan pasukannya mara ke kelompok 16 terakhir berdasarkan jaringan di tempat lawan ketika tewas 2-1 di San Siro.

Manakala Inter pula tewas 0-1 di Tottenham, dan kelab Inggeris itu menamatkan saingan di tangga kedua di belakang Barcelona berdasarkan rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan.

“Kami menjadi gemuruh, kerap hilang bola, gagal mengikut taktikal dan mula tertekan.

“Kami mengharungi perlawanan seperti yang diharapkan, tetapi tidak memanfaatkan peluang yang ada.

“Ketika semangat semakin memuncak, anda kehilangan punca untuk mengawal permainan. Kami sepatutnya lebih seimbang, tetapi sebaliknya membiarkan tekanan menguasai kami, (dipengaruhi) oleh suasana penyokong.

“Bagaimana anda mahu menyembunyikan keputusan lawan anda?. Penyokong bersorak.” kata Spalletti.

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here