Gaya Rambut Baharu Pogba Buat Penyokong United Benci, Diminta ‘Belajar Main Bola Dulu’

0
3561

 

Jika rata-rata pemain bola sepak sering dkritik kerana memperagakan prestasi yang teruk di atas padang, namun lain pula ceritanya dengan bintang Manchester United, Paul Pogba.

Pemain itu dikecam penyokong sendiri setelah memuat naik foto gaya rambut terbaharunya.

Rata-rata penyokong United mengakui tidak suka dan membenci gaya rambut pemain dari Perancis itu.

Berdasarkan foto tersebut, Pogba memilih untuk mengayakan rambutnya dengan gaya garisan geometrik dengan corak bintang di sisi kepalanya.

“Pemain terbaik tak bermain dengan rambut. Mereka bermain bola, mereka bukan kanak-kanak,” tulis seorang peminat.

“Kamu seperti jenaka. Belajar main bola dulu baru dapatkan potongan rambut yang bagus,” tulis seorang lagi peminat.

Kritikan penyokong United dipercayai kerana rasa kecewa mereka terhadap prestasi Pogba bersama pasukan itu pada musim ini.

Pogba berjaya membantu Perancis untuk menjulang kejuaraan Piala Dunia 2018 tetapi memperagakan aksi yang tidak konsisten bersama United.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here