Gerrard: Liverpool vs Manchester City Merupakan Perlawanan Yang Ditunggu-Tunggu

0
1934

 

Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard menyifatkan pertembungan Liverpool vs Manchester City adalah perlawanan yang sama sekali tidak boleh dilepaskan.

Liverpool disebut sebagai salah satu pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. Ini disebakan oleh kualiti dan barisan pemain yang dimiliki oleh Jurgen Klopp ketika ini.

Sementara itu City yang berstatus sebagai juara bertahan disebut memiliki peluang yang cerah untuk mempertahankan gelaran kerana mereka masih mengekalkan keseluruhan pemain terbaik musim lalu.

Liverpool dan City kini saling bersaingan di puncak liga dengan mengumpul mata yang sama iaitu 19 mata. Tetapi City memiliki kelebihan gol untuk membolehkan pasukan itu berada di puncak liga ketika ini.

Jangan terlepas

Gerrard mengatakan perlawanan ini sukar bagi kedua-dua pasukan. Tetapi untuk penonton permainan ini jelas tidak boleh dilepaskan kerana ini adalah pertarungan berkelas dunia.

“Saya fikir ini adalah ujian besar bagi kedua-dua pasukan, ini adalah perlawanan 50-50,” kata Gerrard kepada Sky Sports.

‘Mereka dilihat seperti dua pasukan terbaik di peringkat domestik, seperti yang ditunjukkan mereka dalam perlawanan terdahulu. Akan ada pemain berkelas dunia dalam padang, ini adalah perlawanan yang tidak boleh dilepaskan,” katanya.

“Perlawanan ini akan menyajikan duel individu di seluruh posisi padang dan ada dua pengurus berkelas dunia. Ada begitu banyak gol terhasil melibatkan perlawanan antara kedua-dua pasukan.”

The Reds Kalah

Sementara itu, bekas pemain Arsenal Paul Merson meramalkan Liverpool akan tumbang kerana mereka sekarang berada dalam keletihan.

“Saya sedikit menyokong Manchester City. Bagi saya, Liverpool banyak bekerja keras dalam perlawanan terdahulu,” katanya kepada Sky Sports.

“Minggu lalu mereka melalui perlawanan yang cukup hebat ketika menentang Chelsea, tetapi saya fikir perlawanan tersebut telah memenatkan pemain Jurgen Klopp. Mereka nampak terpaksa bekerja keras ketika barisan serangan melakukan tekanan ke kawasan lawan sedangkan musim lalu mereka nampak melakukanya lebih baik. Saya fikir mereka akan kehilangan tempo permainan dan membolehkan City menghukum mereka,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here