Gerrard: Penyokong Yang Baling Objek Patut Diharamkan Masuk Stadium Seumur Hidup

0
302
(FOTO MacNicol/Getty Images)

 

Steven Gerrard mencadangkan agar penyokong yang gemar membaling objek ke padang sepatutnya diharamkan memasuki stadium untuk seumur hidup.

Pengendali Rangers itu membuat cadangan tersebut selepas kejadian yang menimpa Alfero Morelos yang terkena objek yang dibaling oleh penyokong bola sepak ketika dia meraikan gol kedua pasukan ketika menentang St Mirren.

Pemain dari Colombia itu meledak gol pada masa kecederaan dan kemudian berlutut di depan penyokong tuan rumah yang menyebabkan dia menerima balingan objek.

Objek yang melantut di kaki pemain itu kelihatan seperti duit syiling. Empat hari sebelum ini, Neil Lennon turut mengalami kejadian sama ketika berdepan penyokong Hearts di Tynecastle.

“Kami tidak mahu melihat sesuatu objek dilemparkan ke padang di mana-mana stadium di dunia.

“Dan saya berkata kepada semua pesaing saya di luar sana tentang perkara ini. Ia adalah tidak patut dilakukan.

Morelos diserang oleh balingan objek ketika meraikan gol Rangers melawan St Mirren.

“Ia tidak boleh diterima dalam mana-mana sukan, adakah perlu tunggu sehingga mata seseorang cedera atau alami kecederaan teruk sebelum ia dihentikan daripada terus berlaku?

“Orang-orang seperti ini tidak sepatutnya berada di perlawanan bola sepak. Haramkan sahaja mereka selama-lamanya, ia mudah, maka ia akan berhenti.

“Tetapi jika ia diendahkan, ia akan berterusan,” kata Gerrard.

Walau bagaimanapu, bos St Mirren, Oran Kearney tidak menyedari insiden tersebut tetapi sempat dirakam oleh kamera televisyen berlaku ke atas Morelos.

“Jika demikian, tidak ada tempat untuk perbuatan seperti itu dalam bola sepak.

“Mana-mana orang yang melangkah masuk ke dalam padang bola sepak harus mempunyai hak untuk keselamatan mereka dan sama juga apabila mereka berjalan keluar padang.

“Itu adalah syarat minimum yang boleh kita minta,” kata Kearney.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here