“Getah seluar dalam ke tu?” – Fesyen Sherry Ibrahim undang perbalahan netizen

0
1114

GARA-GARA sekeping foto yang dimuat naik di Instagram, pelakon Sherry Ibrahim menerima teguran netizen.

Ia berikutan getah pada seluar jeans biru yang digayakan Sherry lebih menonjol dan kelihatan seakan-akan seluar dalam.

Mereka menegur penampilan pelakon drama Syurga Yang Kedua ini dan bertanya sama ada getah putih dengan cetakan jenama antarabangsa itu adalah getah seluar jeans atau seluar dalam.

“Getah spenda (seluar dalam) ke? jenama spenda pun nk tunjuk ke? Hahaha ok bye.

“Orang sekarang suka tunjuk diri untuk dikecam. Kenapa ya?.

Sebahagian komen yang ditinggalkan netizen.

“Macam tak sesuai je, sengaja kot nak tunjuk,” kata netizen.

Bagaimanapun, masih ada pengikut yang mempertahankan Sherry dan menegur sikap netizen yang gemar mengecam di laman sosial.

“Ala, kolotnya otak manusia Melayu ni, takkanlah getah spender. Kalau boleh semua nak dijadikan cerita. Pantang!,” ujar netizen mempertahankan aktres berkenaan.

“Getah seluar jeans tu kut. Tak mungkinlah getah spender. Apalah… fikir positif you all,” tambah mereka lagi.

Menerusi muat naik itu, Sherry menulis kapsyen mengenai fesyennya mengenakan baju dengan warna Neon.

View this post on Instagram

Neon why not ? 🦠🧪🔫

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

Bagaimanapun, nampaknya gaya seluar tersebut lebih menarik perhatian netizen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here