Gol Hazard Di Lewat Perlawanan Sudah Cukup Untuk Bawa Chelsea Ke Separuh Akhir Piala Carabao

0
68

 

Jaringan minit ke-84 oleh Edan Hazard sudah cukup untuk Chelsea menewaskan Bournemouth 1-0 dan mara ke separuh akhir Piala Carabao.

Pada awalnya Hazard tidak tersenarai dalam kesebelasan utama disebabkan kecederaan kaki.

Chelsea lebih banyak menguasai perlawanan dengan memperolehi beberapa peluang daripada Olivier Giroud dan Ross Barkley yang memaksa penjaga gol Bournemouth, Artur Boruc bekerja keras. Percubaan Willian pada minit ke-30 turut dihalang dengan cemerlang oleh Boruc.

Buntu untuk menjaringkan gol, Maurizio Sarri mengambil risiko untuk menurunkan Hazard pada 30 minit terakhir dan percaturan itu membuahkan hasil apabila Hazard berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan enam minit sebelum tamat permainan.

Sepakan Hazard terlebih dahulu terkena tangan pertahanan lawan sebelum merobek gawang gol.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here