Gol Ke-100 Ramos Beri Kemenangan Buat Real

0
91

 

Kemenangan 3-0 Real Madrid ke atas Leganes di pusingan pertama perlawanan ke-16 Copa del Rey awal pagi tadi turut memberi catatan terbaik kepada kapten mereka, Sergio Ramos.

Ramos membuka tirai jaringan Real dengan gol melalui sepakan penalti pada menit ke-44.

Gol kedua Real pula dijaringkan oleh Lucas Vazquez pada minit ke-68 manakala gol ketiga dijaringkan Vinicius Junior pada minit ke-77.

Gol pembukaan Ramos itu bukan sahaja membuat Real unggul di depan, tetapi juga menjadi rekod peribadi Ramos sepanjang kerjayanya.

Ramos kini telah menjaringkan gol ke-100 sepanjang kerjayanya.

Untuk rekod, Ramos telah berjaya meledak 80 gol bersama Real sejak dari tahun 2005.

Manakala 17 gol lagi dijaringkan semasa bersama pasukan kebangsaan Sepanyol.

Baki tiga gol lagi dijaringkan Ramos ketika bersama Sevilla yang merupakan pasukan pertamanya.

Pada musim ini, Ramos sering kali menjadi watak utama Real untuk mencetak gol ketika Karim Benzema dan Gareth Bale yang berada dalam prestasi yang kurang baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here