Gol Martial Menyebabkan Man United Kerugian RM47.93 Juta

0
5767

 

Jaringan Anthony Martial ketika Manchester United menang 3-2 keatas Newcastel United telah menyebabkan Red Devils kerugian RM47.93 juta.

Mengapa United rugi dengan gol yang dijaringkan oleh Martial? Ini kerana dalam klausa perpindahan pemain itu dari Monaco ke Old Trafford pada 2015 menyatakan kelab Perancis itu akan diberikan bayaran tambahan RM48 juta sekiranya penyerang itu berjaya menjaringkan 25 gol sebelum 2019.

Ketika aksi menentang Newcastel, Martial telah menjaringkan gol kedua bagi membolehkan skuad kendalian Jose Mourinho kembali bangkit selepas ketinggalan dua gol.

Selain itu, Monaco juga berhak mendapat RM48 juga lagi sekiranya Martial berjaya mengumpul 25 kap bersama skuad Perancis.

Untuk rekod, dia kini telah memiliki 18 kap bersama Les Bleus dan turut tercalon untuk anugerah Ballon d’Or.

Sekiranya semua itu jerjadi, Martial akan membuatkan United kerugian sebanyak RM334.98 juta.

Pemain berusia 22 tahun itu kini telah menjaringkan 25 gol dalam 91 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Secara keseluruhan Martial telah menajringkan 38 gol dalam 144 perlawanan semua kejohanan bersama United.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here