Gol Pelik Origi Kekalkan Status ‘Raja Merseyside’ Milik Liverpool

0
1283

 

Liverpool berjaya menewaskan musuh setangga Merseyside iaitu Everton dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Perlawanan berlangsung cukup sengit terutamanya di babak pertama dimana kedua-dua pasukan bermain denga tempo tinggi dan mendapat banyak peluang. Di babak kedua pula tempo permainan sedikit menurun.

Cukup banyak peluang keemasan yang diperolehi oleh kedua-dua pasukan untuk meledak jaringan. Namun hanya satu gol sahaja terhasil itu pun dijaringkan tanpa disangka oleh Divock Origi di lewat permainan.

Babak Pertama

Kedua-dua pasukan bermain dengan agresif di awal permainan dengan tempo permainan yang tinggi dan saling menyerang.

Peluang demi peluang diperolehi bermula dari peluang Mane pada minit ke-13. Dia mendapat peluang untuk melepaskan rembatan setelah mendapat umpanan dari Salah, namun sayang bola tendangan kaki kirinya melambung tinggi.

Pada minit ke-21, Everton memperolehi peluang keemasan untuk membuka tirai jaringan. Dari sayap kiri Bernard melakukan umpanan silang yang berjaya ditanduk oleh Walcott ke tengah kotak penalti.

Bola tersebut kemudian disambut dengan tandukan Gomez namun Alisson dengan luar biasa berjaya menghalang bola meskipun jaraknya ketika itu kurang dari satu meter. Bola sempat bergolek masuk namun berjaya diselamatkan oleh Joe Gomes sebelum bola melepasi garisan gol.

Pada minit ke-33, satu serangan balas membolehkan Salah melakukan umpanan kepada Shaqiri. Pemain dari Switzerland itu berjaya menusuk masuk ke dalam kotak penalti, namun sayang bola sepakan kaki kanannya berjaya dihalang oleh Pickford.

Dua minit berselang, Walcott berjaya menembusi masuk ke kotak penalti Liverpool. Namun Alisson berjaya mengganggu pergerakan bekas pemain Arsenal itu sehingga bola keluar dari padang.

Akhirnya tiada gol terhasil pada babak pertama.

Babak Kedua

Perlawanan babak kedua berlangsung dengan tempo sedikit lebih rendah berbanding di babak pertama. Namun kedua-dua pasukan tetap bermain dengan corak menyerang.

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp lebih banyak menguasai permainan. Dua peluang berjaya dicipta mereka pada sembilan minit pertama melalui Salah dan Mane, namun gagal menghasilkan gol.

Everton kemudian bangkit setelah Marco Silva melakukan sedikit perubahan taktikal sekaligus berjaya mengimbangi penguasaan Liverpool.

Dalam masa yang sama Liverpool juga terpaksa melakukan pertukaran pemain setelah ketumpulan barisan serangannya.

Pertukaran pemain itu membolehkan Liverpool melancarkan beberapa serangan berbahaya yang menembusi kotak penalti Everton.

Pada minit ke-87, pemain gantian Origi memperolehi peluang keemasan namum bola kuisannya hanya mengegar palang gol.

Ketika perlawan dijangka berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, usaha Liverpool untuk mendapatkan gol akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-90+6.

Bermula dengan crossing dari tengah padang oleh Alexander-Arnold, Van Dijk memperolehi peluang melepaskan satu sepakan  lambung yang mengegar palang gol. bagaimanapun, bola tersebut gagal ditangkap Pickford sebelum akhirnya jatuh je depan gawang dan terus ditanduk oleh Origi.

Gol tersebut mengamatkan suasana Anfield, Klopp berlari ke tengah padang melebihi bulatan tengah sebelum disertai staf kejurulatihan dan pemain-pemain gantian Reds bagi meraikan jaringan bersama pemain dan peminat.

Selepas itu Everton cuba mencari gol penyamaan. Tetapi masa mengehadkan usaha mereka. Liverpool akhirnya menang 1-0.

Kemenangan menyaksikan Liverpool terus menghambat pendahulu EPL, Manchester City tetapi perlawanan itu pasti mendapat perhatian oleh Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) berikutan insiden yang berlaku di penghujung aksi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here